Tentang Pulau Sibu

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi percutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral serta hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993.


Pulau Sibu terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu di Negeri Johor. Lokasinya ialah di Laut China Selatan lebih kurang 12 KM dari tanah besar Johor. Ia termasuk dalam daerah Mersing.

Pulau Sibu terdiri dari deretan pulau iaitu Pulau Sibu Besar, Pulai Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.


Pengunjung yang ingin ke Pulau Sibu perlu menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman yang terletak 72 KM di selatan Mersing dan lebih kurang 120 KM di utara Johor Bahru. Tiada pengangkutan awam ke Jeti Tanjong Leman disediakan, jadi pelancong perlu membawa kenderaan sendiri atau mengambil teksi sama ada dari Mersing, Johor Bahru atau Kota Tinggi.

No comments:

Post a Comment