Antara pelaksanaan penjimatan tenaga yang dilaksanakan di Zon Pulau Sibu adalah
disetiap suis juga telah dilabelkan dengan "Jimatkan Elektrik" sebagai salah satu bentuk kesedaran kepada Zon Pulau Sibu bagi menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan.
Selain itu, ahli-ahli Zon Pulau Sibu juga akan memadamkan semua lampu, komputer, mesin fotostat dan peralatan lain yang tidak diperlukan apabila tidak digunakan termasuk selepas waktu pejabat iaitu pada waktu malam dan hujung minggu.
Antara penjimatan elektrik yang diterapkan di Zon Pulau Sibu adalah arahan pematuhan untuk memastikan suhu penghawa dingin adalah 24 darjah
celcius sahaja serta memastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.